One Drop Perfumes

Baru-baru ini Syarikat One Drop Perfumes Sdn Bhd yang merupakan salah sebuah pengeluar minyak wangi tanpa alkohol terbesar di Malaysia telah melancarkan rekaan produk terbaru mereka di Hotel Shereton, Subang Jaya. Rekaan terbaru mereka ini adalah untuk memenuhi permintaan para pelanggan setianya disamping untuk mempromosikan produk mereka dengan lebih elegan dan berkonsepkan mewah bagi bersaingan dengan produk minyak wangi terkemuka yang ada di dalam pasaran.

Dimiliki sepenuhnya oleh usawahan bumiputera yang telah mula beroperasi pada tahun 2007, One Drop Perfumes Sdn Bhd telah berjaya mengumpul lebih daripada 1200 pengedar yang berdaftar dibawah mereka dari seluruh Malaysia termasuklah Sabah & Sarawak dan kini mereka telah melebarkan sayap perniagaan mereka ke luar Negara termasuklah Vietnam, Singapura, Brunei dan sebahagian Indonesia.

Rekaan terbaru produk One Drop Perfumes dari Egyptian Potion ini mengandungi 8 jenis bauan yang berbeza dan diletakkan didalam kotak khas. Setiap pek ini diinspirasikan oleh pereka minyak wangi antarabangsa disamping tiada campuran daripada bahan alkohol di dalamnya. Setiap pek ini mengandungi 2.75ml di dalam botol kecil yang mudah dibawa yang mana sahaja dan ianya berharga RM 40.00 setiap pek.

Upacara pelancaran rekaan terbaru ini dilakukan oleh Direktor One Drop Perfumes Sdn Bhd iaitu En Josafri Johari dan isterinya Pn Saffar Noor disamping dimeriahkan lagi oleh selebriti, artis dan penyanyi terkenal tanahair termasuklah Nasha Aziz, Rozita Che Wan, Mama Rina AF7, Zizan Nin, Zaid Dato’ Zahari, Iwan Dangdut, Salima AF3, Zed Zaidi, The Girls, Airis Yasmin, Mira Normila, Shukry Ashaari (vocalist The Reza’s), Karen AF4, Johan Raja Lawak dan rangkaian DJ dari KL FM seperti DJ Hezy Hashim, DJ Kzie, DJ Nik Aidawati dan DJ Julia

Pihak One Drop Perfumes Sdn Bhd kini dalam perancangan untuk melebarkan sayap perniagaan mereka iaitu memasarkan produk minyak wangi mereka ini ke negara seperti Belgium, Afrika Selatan dan Australia yang dijangka sebelum hujung tahun ini. Dalam pada itu juga, pihak syarikat juga kini dalam proses untuk memasuki pasaran Britain ( akhir tahun ini) dengan membina pejabat pemasaran mereka disana.

Untuk maklumat lanjut mengenai One Drop Perfumes, sila lawati laman web mereka iaitu http:// www.onedropperfumes.com atau hubungi talian +603 5510 0441 atau +604 6571 553 untuk HQ mereka bagi cawangan utara.

P/S: Sila ke ruangan One Drop Perfumes - Press Conference untuk melihat sebahagian daripada gambar di majlis tersebut.

One Drop Perfumes








0 comments