Buat julung kalinya One Drop Perfumes serta para penyampai THR Gegar barisan artis tempatan akan menemui anda di dalam program THR Gempak Gegar di Pantai Timur mulai 28 Febuari ini.
THR Gempak Gegar ini ditaja oleh pihak One Drop Sdn Bhd yang merupakan pengeluar minyak wangi tanpa alkohol yang terkemuka di Malaysia, sebagai tanda terima kasih kepada pengguna yang telah banyak membantu pihak One Drop Perfumes sebagai minyak wangi pilihan pengguna khususnya di pantai timur.
Disamping berhibur, beberapa aktiviti yang melibatkan pengunjung trut disediakan bagi memeriahkan lagi acara ini. Malah para pengunjung juga berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah istimewa yang disediakan oleh pihak penganjur.
One Drop Perfumes juga akan menawarkan potongan harga hebat kepada mereka yang ingin memiliki produk mereka. Malah para pengunjung yang berminat untuk menjadi pengedar One Drop Perfumes juga boleh terus mendapatkan penerangan lanjut dari pihak syarikat One Drop Sdn Bhd.
Siaran luar yang akan bermula pada jam 2 petang bersama-sama penyampai radio THR Gegar yang terdiri daripada Nasa, Andy Hakim, Nazrin, Suzana, Gina, dan Nadira menjanjikan aktiviti menarik untuk anda disamping cabutan bertuah & persembahan dari artis tempatan akan memeriahkan lagi Pesta One Drop Perfumes ini!
Berikut adalah Road Tour One Drop Perfumes di pantai timur:
LOKASI - KUANTAN PARADE, KUANTAN PAHANG D.M
TARIKH - 14 MAC 2009
MASA - 2PM HINGGA 6PM
LOKASI - KUANTAN PARADE, KUANTAN PAHANG D.M
TARIKH - 14 MAC 2009
MASA - 2PM HINGGA 6PM
Credit : Dari keratan akhbar KOSMO Khamis 12 MAC 2009
P.S - Bagi orang pantai timur, jangan lepaskan peluang anda untuk mendekati dengan lebih dekat produk One Drop Perfumes ini!
salam,
nak tanya kat perlis dah ada agent one drop ke?di mana ya.
saya berminat sangat nak jd agent.tp keahlian ditutp
-najah-
http://raiyanz.blogspot.com